Thursday, January 15, 2009

Tahniah Buat Kak Khairunnisa

Alhamdulillah, besar sungguh hati ana rasanya apabila dikhabarkan tentang kejayaan satu lagi Saudara Kita.

Kak Khairunnisa telah pun menyiapkan Ph.Dnya. Vivanya pada 15 Januari 2009 dan telah tamat pada Jam 1400 15 Januari 2009, ini bermakna kita telah ada satu tokoh yang bakal bergelar Dr. semoga ini akan mengukuhkan lagi pergerakan Saudara Kita.

Bagi pihak ReUnionSK merakamkan jutaan tahniah kepada beliau.

Wednesday, January 7, 2009

GAMBAR KENANGAN PERKAHWINAN SAYUTHY






** CATATAN: Alhamdulillah, Sayuthy telah dikurniakan seorang cahaya mata, kita nantikan fotonya

Thursday, December 11, 2008

RAKAMAN YUSUF ESTES

Bersempena dengan tour Yusuf Estes ke Malaysia, Saudara Muhajirih bersama teamnya telah merekod video ceramah beliau sewaktu di UTM.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan rakaman tersebut, bolehlah menghubungi sendiri saudara Muhajirih.

Terima kasih saudara Muhajirih dan sahabat-sahabat

TAHNIAH BUAT WAN ROSMIZA

Sekitar 25 November 2008 yang lalu, ana telah mendapat khabar dari saudari Wan Rosmiza bahawa beliau telah selamat melahirkan permata hatinya. Tahniah buat beliau dan suami serta ahli keluarga. Diperingkat pengurusan blog reunionSK mengucapkan berbanyak-banyak tahniah.

Friday, October 31, 2008

Salam Ukhuwah Dari Bintulu

Salam,

Kepada sahabat-sahabat, ana Firdaus Bin Mohamed, sekarang ana bekerja di Bintulu.
Di sini ana bergerak bersama-sama satu NGO yang dinamakan Bintulu Iqra Center (BIC).
Lihat catatan dan laporan aktiviti serta montaj di www.bintulu-iqracenter.blogspot.com

Monday, October 27, 2008

PERKAHWINAN SAUDARA YAAKUB & AMI HASSAN

Salam,

Buat sahabat-sahabat tercinta, pada tanggal 3 Syawal 1429H saudara Ami Hassan telah selamat melangsungkan perkahwinannya dan pada tanggal 7 Syawal 1429H bersamaan 7 Oktober 2008, saudara Yaakub juga telah selamat melangsungkan perkahwinannya.






*akan bersambung dalam artikel lain